Skandal Seks Tak Gugat Kekayaan Tiger Woods

As-Salam...

Entri kali ini aku nak cerita sikit pasal senarai jutawan dalam bidang sukan yang baru sahaja dikeluarkan oleh sebuah majalah sukan. Seperti yang korang tahu tahun-tahun sebelum ini kedudukan nombor satu jutawan dalam bidang sukan ini disandang oleh Tiger Woods jagoan golf dunia. Malah pada tahun ini juga kedudukan itu masih berjaya dikekalkan oleh Tiger Woods walaupun tahun 2010 jagoan golf ini terbabit dengan skandal seks dengan berpuluh-puluh orang perempuan. Kerana skandal tersebut reputasi serta permainan Tiger Woods jatuh merundum sehingga mengakibatkan berlaku perceraian dengan isterinya Ellin seorang bekas supermodal Sweden. Ini membuktikan penaja-penaja setia yang selama ini menaja beliau tidak kisah langsung akan masalah atau kisah peribadi jagoan ini asalkan keuntungan dorang dapat. Tambahan pula, kekayaan yang Tiger Woods perolehi 53 juta euro (RM222.6j) jauh meninggalkan pencabar terdekatnya Lionel Messi pemain kebanggaan Barcelona yang mengumpul kekayaan mencecah 31 juta euro (RM130.2j) hasil daripada gaji dan tawaran publisiti pada 2011.

Tips Tingkatkan Kelajuan Facebook Anda

As-Salam...

Hari ini aku nak kongsi sikit ilmu yang baru aku dapat daripada Pakatan Blogger untuk tambahkan lagi kelajuan facebook korang. Sebelum itu aku nak ucapkan takziah kepada mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami yang berlaku dekat Jepun. Seperti yang korang tahu ataupun tak tahu, keupayaan internet Malaysia bergantung kepada Jepun melalui saluran kabel dalam laut. Jadi disebabkan Jepun dilanda musibah negara kita dan hampir semua negara yang bergantung pada Jepun kena tempiaslah dalam bab nak layari internet ini. Salah satu contoh gangguan yang kita dapat rasa adalah kelajuan facebook kita semakin perlahan, betul tak???....bagi penggemar facebook mestilah diorang perasan. Oleh itu, aku nak bagi sikit dekat korang tip-tip yang aku dapat selama aku menziarahi laman web Pakatan Blogger..

Langkah-langkah adalah seperti berikut :

1) Pergi dekat System (C:)
2) Pilih 'Windows'
3) Cari folder 'System32' dan klik
4) Pilih folder bernama 'drivers' dan buka
5) Klik folder bernama 'etc'
6) Buka file bernama 'hosts' menggunakan notepad
7) Dalam notepad bawah sekali tulis code ini dan save 

203.106.85.66 www.facebook.com

p/s - selamat mencuba dan sebarang pertanyaan boleh tulis dekat comment

Apabila Lampu Isyarat Dilupakan

As-Salam...

hari ini aku nak luahkan perasaan aku sikit.....
bab ini mungkin korang pun biasa hadapi lagi-lagi yang dah ada kereta sendiri...aku bukan nak cerita pasal lampu isyarat yang terpacak megah lagi bergaya dekat tepi jalan tu tapi nak cerita pasal lampu isyarat yang lebih terkenal disebut lampu 'signal' yang tertidur lena dekat kereta-kereta ataupun kenderaan yang ada roda getah (tayar)....aku pun tak tahu, binggung serta pening kepala memikirkan kenapalah orang-orang yang dah ada kereta mesti tak akan ataupun jarang menggunakan lampu isyarat kalau nak masuk kiri mahupun kanan....

waktu ambil ujian memandu dulu punyalah patuh serta taat setia arahan JPJ kalau nak masuk kiri atau kanan je tangan gerenti dah siap ada dekat atas batang 'signal' tu tapi sekarang kalau nak masuk kiri ke kanan ke gerenti tangan dekat atas batang 'gear' untuk menambahkan daya pecutan kereta...betul tak ???...bukannya kena bayar bil elektrik pun kalau pakai lampu isyarat, minyak sedikit pun tak goyang kot.....

beli kereta harga ribu-ribuan mesti semua 'spare part' dah ada kan jadi lampu isyarat gerenti tak ada masalah kot tapi kenapalah pemandu-pemandu sekarang ini masih dan tak faham juga akan kelebihan serta kekuatan lampu isyarat yang diorang miliki....kalau kita tak guna gerenti salah faham antara pemandu akan terjadi yang mana seterusnya akan mengakibatkan tercetusnya kemalangan jalanraya dan menambahkan jumlah korban mangsa yang tak bersalah di negara kita.....bukan semua orang mampu miliki kekuatan lampu isyarat ini jadi kepada yang memilikinya gunalah dengan sebijaknya !!  

Langkah kanan

 Assalamualaikum kepada semua....

aku merupakan orang baru dalam arena 'berblogging' ini...
dan berharap agar dapat mencari ilmu serta kawan-kawan yang baru daripada arena ini...
ini merupakan percubaan pertama ataupun orang kulit putih cakap 'first try' aku ke dalam arena yang sedang berkembang pesat sejak kebelakangan ini di negara kita.....lagipun ramai rakan-rakan aku semuanya ada blog sendiri yang membuatkan aku cemburu jika baca blog diorang...lagipun banyak luahan kata hati, pandangan dan angan-angan yang dah tertusuk tajam dalam segenap inci anggota badan aku untuk diluahkan serta dikongsi bersama.....akhir sekali diharapkan agar langkah kanan aku ini berjaya dan diterima ramai serta SALAM PERKENALAN....