Menarik tentang Bill Gates


1. Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam SEHARI, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh SEMINGGU dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam SETAHUN!

2. Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.

3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja untuk melakukannya.

4. Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

5. Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.

6. Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari untuk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

Fahamilah Maksud Perbuatan Tuhan

Orang yang tidak kenal Tuhan,
Orang yang tidak faham kerja-kerja Tuhan
Dia tidak akan faham maksud Tuhan menjadikan sesuatu
Maksud Tuhan itu difaham mengikut yang dia faham
Akhirnya dia tidak mampu menanggung, apa yang dilakukan oleh Tuhan pada dirinya

Kalau Tuhan beri dia kuasa,
Tuhan hendak melihatkan kuasa-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu merasa berkuasa dan berbangga dengan kuasa yang ada
Dia pun takbur dan sombong dan menyalahguna kuasanya

Jika dia diberi kekayaan,
Tuhan hendak melihatkan kekayaan-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu dialah yang merasa kaya, dia pun megah dan sombong
Dia pun menghina orang yang papa kedana

Apabila Tuhan memberi ilmu,
Tuhan hendak memberitahu ilmu-Nya pada orang itu
Ilmu Tuhan yang diberi kepadanya
Orang itu menganggap dialah yang punya ilmu,
Dia mahu dihormat dan dipuji
Dia rasa, dialah orang alim yang patut dimuliakan
Padahal Tuhan hendak melihatkan ilmu-Nya pada orang itu

Jika seseorang itu suaranya sedap atau rupa parasnya cantik
Tuhan memberitahu itu adalah anugerah Tuhan padanya
Tuhan pinjamkan kepadanya
Tapi orang itu merasa megah pula dengan suara dan rupanya
Ingin dipuji dan disanjung selalu

Kalau Tuhan uji seseorang dengan kesusahan dan penderitaan
Tuhan hendak memberitahu,
Dia mampu bertindak apa sahaja kalau Dia mahu
Dia mahu orang itu sedar dan insaf agar kembali kepada-Nya
Tapi orang itu pula dia tidak senang, gelisah, kecewa dan putus asa
Begitulah orang yang tidak kenal dan tidak faham perbuatan Tuhan

Orang itu tidak akan rasa tenang jiwanya
Jiwanya tidak senang dan kecewa selalu mungkin putus asa
Hormat orang tidak kekal, sanjungan orang tidak selalu
Pujian orang tidak mesti sampai ke hujung
Kemegahan dan kekuasaan tidak selama-lamanya
Apabila segala-galanya sudah tidak wujud
Lagi kecewa, menderita, putus asa

Oleh itu kenalilah Tuhan,
Fahamilah maksud perbuatan Tuhan
Bukan maksud seperti yang kita faham

Skandal Seks Tak Gugat Kekayaan Tiger Woods

As-Salam...

Entri kali ini aku nak cerita sikit pasal senarai jutawan dalam bidang sukan yang baru sahaja dikeluarkan oleh sebuah majalah sukan. Seperti yang korang tahu tahun-tahun sebelum ini kedudukan nombor satu jutawan dalam bidang sukan ini disandang oleh Tiger Woods jagoan golf dunia. Malah pada tahun ini juga kedudukan itu masih berjaya dikekalkan oleh Tiger Woods walaupun tahun 2010 jagoan golf ini terbabit dengan skandal seks dengan berpuluh-puluh orang perempuan. Kerana skandal tersebut reputasi serta permainan Tiger Woods jatuh merundum sehingga mengakibatkan berlaku perceraian dengan isterinya Ellin seorang bekas supermodal Sweden. Ini membuktikan penaja-penaja setia yang selama ini menaja beliau tidak kisah langsung akan masalah atau kisah peribadi jagoan ini asalkan keuntungan dorang dapat. Tambahan pula, kekayaan yang Tiger Woods perolehi 53 juta euro (RM222.6j) jauh meninggalkan pencabar terdekatnya Lionel Messi pemain kebanggaan Barcelona yang mengumpul kekayaan mencecah 31 juta euro (RM130.2j) hasil daripada gaji dan tawaran publisiti pada 2011.

Tips Tingkatkan Kelajuan Facebook Anda

As-Salam...

Hari ini aku nak kongsi sikit ilmu yang baru aku dapat daripada Pakatan Blogger untuk tambahkan lagi kelajuan facebook korang. Sebelum itu aku nak ucapkan takziah kepada mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami yang berlaku dekat Jepun. Seperti yang korang tahu ataupun tak tahu, keupayaan internet Malaysia bergantung kepada Jepun melalui saluran kabel dalam laut. Jadi disebabkan Jepun dilanda musibah negara kita dan hampir semua negara yang bergantung pada Jepun kena tempiaslah dalam bab nak layari internet ini. Salah satu contoh gangguan yang kita dapat rasa adalah kelajuan facebook kita semakin perlahan, betul tak???....bagi penggemar facebook mestilah diorang perasan. Oleh itu, aku nak bagi sikit dekat korang tip-tip yang aku dapat selama aku menziarahi laman web Pakatan Blogger..

Langkah-langkah adalah seperti berikut :

1) Pergi dekat System (C:)
2) Pilih 'Windows'
3) Cari folder 'System32' dan klik
4) Pilih folder bernama 'drivers' dan buka
5) Klik folder bernama 'etc'
6) Buka file bernama 'hosts' menggunakan notepad
7) Dalam notepad bawah sekali tulis code ini dan save 

203.106.85.66 www.facebook.com

p/s - selamat mencuba dan sebarang pertanyaan boleh tulis dekat comment

Apabila Lampu Isyarat Dilupakan

As-Salam...

hari ini aku nak luahkan perasaan aku sikit.....
bab ini mungkin korang pun biasa hadapi lagi-lagi yang dah ada kereta sendiri...aku bukan nak cerita pasal lampu isyarat yang terpacak megah lagi bergaya dekat tepi jalan tu tapi nak cerita pasal lampu isyarat yang lebih terkenal disebut lampu 'signal' yang tertidur lena dekat kereta-kereta ataupun kenderaan yang ada roda getah (tayar)....aku pun tak tahu, binggung serta pening kepala memikirkan kenapalah orang-orang yang dah ada kereta mesti tak akan ataupun jarang menggunakan lampu isyarat kalau nak masuk kiri mahupun kanan....

waktu ambil ujian memandu dulu punyalah patuh serta taat setia arahan JPJ kalau nak masuk kiri atau kanan je tangan gerenti dah siap ada dekat atas batang 'signal' tu tapi sekarang kalau nak masuk kiri ke kanan ke gerenti tangan dekat atas batang 'gear' untuk menambahkan daya pecutan kereta...betul tak ???...bukannya kena bayar bil elektrik pun kalau pakai lampu isyarat, minyak sedikit pun tak goyang kot.....

beli kereta harga ribu-ribuan mesti semua 'spare part' dah ada kan jadi lampu isyarat gerenti tak ada masalah kot tapi kenapalah pemandu-pemandu sekarang ini masih dan tak faham juga akan kelebihan serta kekuatan lampu isyarat yang diorang miliki....kalau kita tak guna gerenti salah faham antara pemandu akan terjadi yang mana seterusnya akan mengakibatkan tercetusnya kemalangan jalanraya dan menambahkan jumlah korban mangsa yang tak bersalah di negara kita.....bukan semua orang mampu miliki kekuatan lampu isyarat ini jadi kepada yang memilikinya gunalah dengan sebijaknya !!